
okeh, satu lagi resipe vadevasssss...! credit to:-
Ros @ Jintan Manismekasih miss ros yang budiman. untuk orang2 amatur macam aku ni, memang sungguh class resipe ni. kiranya pejam sebelah mata boleh buat jugak la :P. aku suka pasal tekstur roti dia gebus dan lembut ya amat. light and fluffy. tanpa perlu letak bread improver atau benda2 yang pelik2 yang aku takdak tu. lagi satu, telur pun tak payah guna. so sesuai jugak la kalau ada orang2 yang allergy telur and such.
ingredient rahsianya aku yakin ialah, gabungan
air, susu dan nasi. semuanya readily available kat rumah, kan? boleh knead pakai tangan dan jugak boleh guna BM. sebenarnya Ros buat ni untuk white loaf, tapi aku buat bun kecik-kecik. nanti nak buat white loaf pulak. kalau lembut gini, memang harus kat msia sok aku tak beli dah roti gardenia tu! ada unsur2 riak disitu muahahahhaha! :P
ok, here goes the resipe (ni aku C&P direct dari blog dia). again, mekasih Ros yang jauh nun di Nippon. :D
Bahan-bahan ( dpt satu buku roti )
80 gram nasi putih
100 ml air
250 gram tepung roti
60 ml susu segar
4 gram dry yeast
2 sudu besar gula
20 gram butter atau marjerin
1/2 sudu kecil garam
Cara-cara
1. Mula-mula aktifkan dry yis tu dgn 1/2 sudu kecil gula n 1/2 sudu kecil tepung dan masukkan 1/3 cawan air suam, tunggu hingga betul-betul berbuih. ( proses penapaian), kalau nak skip step ni pun boleh.
2. Kemudian blender nasi bersama air dan susu hingga betul-betul hancur.
3. Masukkan yis, nasi yang telah diblender, marjerin, gula dan garam ke dalam tepung dan uli hingga tepung tak melekat pada tangan. ( Kalau guna BM boleh masukkan semua bahan dan tunggu hingga siap dan boleh dibentukkan).
4. Rehatkan doh selama 1 jam dan setelah itu tumbuk doh keluarkan angin.
5. Kemudian terap doh memanjang dan lipat 3 ( nak terus bulatkan dan bahagi pada dua bahagian pun boleh).

6. Letakkan doh dalam acuan sandwish loaf dan biar hingga doh menjadi dua kali ganda dan setelah itu bakar pada suhu 190 darjah selama 25 minit.

7. Keluarkan dari oven dan glis roti tadi dengan butter untuk dapatkan permukaan yang berkilat.
8. Sedia utk dihidangkan dan roti ni mmg lembut dan gebu sepanjang masa. Tak perlu guna pelembut roti atau pun bread conditioner. Selamat Mencuba.
- Jika tiada peti tin sandwish loaf, boleh juga dibuat bentuk bulat-bulat kecil, macam bun tu, susun dalam acuan petak atau bulat, dan bakar seperti biasa, tapi perlu di ingat, kena kurangkan masa pembakaran dalam 18 ke 20 minit sahaja.
aku buat kecik-kecik aje. senang nak ngap. nampak tak lembut dan gebus tuh?
letak inti sardin banyak gile. mekasih kat VERDE pasal buat aku terliur sardin dia tu hihihihi :P
keratan rentas yang menggiurkan. :D