Showing posts with label kids. Show all posts
Showing posts with label kids. Show all posts

Thursday, June 21, 2012

doa anak anak setiap pagi 6 comments


dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

1. maha suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!
(doa menaiki kenderaan)

2. ya Allah, kurniakan kami rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang baik, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar dunia akhirat.
(doa rasullullah ketika bersujud akhir dalam solat)

3. ya Allah, tambahkan kami ilmu, dan berikan kami kefahaman.
(doa menuntut ilmu)

4. ya Allah, limpahilah kami sebagaimana engkau melimpahi orang2 yang beriman dan beramal soleh.

amin. amin. ya rabbal alamin.

pesan mama;
kids, jangan sekali2 ditinggalkan amalan ini. keep doing this until the rest of your life. sayangilah Allah, dan Allah akan sayangi kita.

Thursday, February 9, 2012

splashing time! 6 comments


pool ni kami beli masa kat Birm dulu. kat sana backyard sepelaung besarnya. memang best letak pool ni pastu mandi tak hengat dunia (for the kids). sizenya memang besar gajah bagi aku. sampai msia memang dok tersimpan dalam kotak. mana ada tempat nak letak.

when full of water, tinggi dia 1m high. diameter dalam 11ft gitu. so bila pindah kuaters ni tanah banyak pulak depan belakang rumah. anak2 aku pun pester soh bukak. aku takut sebab besaq sgt. kang jiran2 tengok macam tak best gitu. pastu laki aku dok saiko cakap ok je kalau bukak pun. orang tak heran.

heheh so akhirnya bergembiralah anak2 aku dok berkubang dalam tu.

besaq sungguh weh!



Friday, December 9, 2011

anak-anakku sayang 6 comments


we love listening to CDs on kuliah agama. almaklumlah. masa agak tiada (alasan!) untuk ke majlis ilmu saban minggu. so my husband and me bought CD/VCD/DVD every other weeks for our supply of soul food.

after some time of course the kids started to notice. mana tak nya. masa nak tido pasang CD. dalam kereta pasang CD. lepas solat pasang CD. arina yang kecik pun dah kenal suara ustaz yang bagi ceramah. :D

anyway, the kids are now having a program at masjid negeri shah alam for the whole cuti sekolah. petang semalam when i arrived home from work the twins handed me one thin package clumsily wrapped. depa ni memang suka la dok balut benda tah hapa2 pastu pretend bagi hadiah kat orang. i thought it was one of those things la. i was surprised to see that it was actually a DVD of a kuliah by one of my favorite ustaz! i was esctatic!

aku tengok harga dia RM10. aku tanya mana depa dapat benda tu. rupa2nya ada jual kat bookshop masjid negeri. they have been saving their pocket money to buy that CD for me! oh aku sungguh terharu. aku bet mesti orang bookshop tu pelik apsal bebudak kecik ni sibuk nak beli CD kuliah agama.

aku sungguh terkesan dengan apa yang anak2 buat ni. kids, mama dan ayah sentiasa doakan kalian membesar jadi manusia2 yang takut pada Allah. mama redha kalian jadi anak2 mama. dan semoga Allah bagi kekuatan pada mama untuk bimbing kalian jadi manusia beriman dan bertaqwa.

i love you kiddos!

Wednesday, November 23, 2011

program daurah masjid negeri shah alam 5 comments


sempena cuti sekolah, aku daftarkan anak2 join program kat masjid biru shah alam. start semalam lagi. here are the few shots from the first day. half day ok. another half agak haru biru on the kids part. :P

well, this is for them to look back and remember!






Wednesday, November 9, 2011

year end 2 comments


Akmal 19
Aimie 3
Aisyah 1

Tahniah kids! You've improved from the last time! Nanti mama belanja KFC eh?

:D

Friday, October 7, 2011

jakun email :P 7 comments


From: ana miraa ana_miraa@yahoo.com
To: Anuar Pawan ; "aimie280803@yahoo.com" ; "aisyah280803@yahoo.com" ; "akmal160701@yahoo.com" akmal160701@yahoo.com
Cc: Ana Mira Mohd Yusof ana_miraa@yahoo.com

Sent: Friday, October 7, 2011 11:11 AM
Subject: Plan for Tommorow

Dear All ,
this is the schedule for tomorrow, IF all in agreement:

5.30 - Shower, prepare for solat Subuh jemaah at Surau
5.45 - Surau for Solat Subah and Kuliah Subuh
7.00 - Prepare to go out
8.00 - Breakfast outdoor
9.00 - Arina's school - Bacathon Carnival
11.00 - Search for Akmal's new beg sekolah

Thanks and regards,
Mommy aka Wifey

p/s: please confirm your attendance by replying to this email ASAP!
p/s2: can you please inform Arina as well since she does not has email. tq!

:P :P :P


first email 2 comments


from Aimie:
Hi Mama thank you for the email and thank you for making my email . Mama Aimie sayang sangat mama . Mama masa Aimie besar Aimie nak jadi doktor atau guru . Mama kalau Aimie jadi doktor masa Aimie besar Aimie akan bagi ubat untuk mama kalau mama sakit .

sayang mama sangat

bye mama


from Akmal:
thank you mamy you are the mumy i love when im big im gonma be a polis to protect the inncent ones good bye see you mamy later


nanti bila depa dah besar sok aku tunjuk balik benda ni kat depa. i love you kids!

:D

Wednesday, September 14, 2011

poor kids 3 comments


i've got 4 sick kids to mend these few days. semuanya demam silih berganti. dan cuaca diluar amatlah tidak membantu.

kesian tengok anak2 aku. dok melepek beratur tido atas katil. sudahnya aku kena tido atas sofa bed dan takleh tido jugak. masa ni jugak kena pi outstation kulim la ipoh la penang la. dok driving kulu kilir macam nak koma badan dibuatnya.

langkah berjaga2 untuk aku, ialah menelan berpapan2 panadol supaya tidak turut serta demam. kalo aku demam sekali lagi kesian kat anak2. biar anak demam takpe, jangan emaknyer yang demam. bapaknyer pun demam jugak semalam. sampai doktor saspek denggi. horror.

sib baik kebetulan cuti upsr. so bebudak ponteng sekolah agama ajelah pepetang.

get well soon kids. kesian tengok anak2 tak bermaya.. :(

Monday, September 12, 2011

perkahwinan anak-anak saya 16 comments


Aku ada gak terjah blog2 yang buat photoshoot gambar2 kawin zaman la.

Baru perasan yang budak2 yang kawin la ni, mak haiiiiii amat glammmmmmm sekali. Nampak mewah walaupun theme ‘simple and minimalist’ (katernyerrr :P). dapat aku bayangkan berapa banyak hengget2 yang terkorban untuk majlis gilang gemilang perkahwinan bebudak sekarang. Honestly, tak buleh nak imagine kalau datang masa anak2 aku pulak. Yang penting wahai anak2ku, sila simpan duit sendiri bila hangpa start keje sok. Nak harap mama ngan ayah sponsor, hihihi.. dukacita dimaklumkan, okeh?

Untuk anak2 aku, majlis ‘ideal’ yang aku impikan ialah kenduri dalam perkarangan masjid biru shah alam. So that takde sapa berani pasang lagu dangdut dan lagu beyonce hahah. So that bila azan zohor semua tetamu dapat solat Jemaah zohor beramai ramai dan doakan kesejahteraan kami anak beranak. Bernikah pagi tu pun biar dalam masjid sahaja. Tak perlu ada pelamin-pelamin. Mari bertunggu tangga dimasjid dari pagi sampai petang. Kalau tak cukup jugak dari petang bawak ke malam. Hahah! Err, boleh ke pihak masjid bagi kebenaran ek?

Pastu untuk bunga ‘telur’, kita gantikan dengan cenderahati ayat matsurat ka, surah yassin ka, buku tahlil ka. Murah2 je pun yang buku2 miniature tu. Singgit satu je. Hahah kata bajet ciput.

Insyaallah, semoga tercapai hasrat aku untuk buat majlis dalam masjid untuk anak2 aku. Semoga mereka melangkah ke gerbang perkahwinan dengan langkah kanan yang diberkati. Aminnn.

p/s: sesapa yang berkenan kat anak2 ai sila hantar resume ek? senang aku chop awal awal hihii :P

 

Casa Arina © 2009 ::Casa Arina:: | Designed by: Juazlan | Powered by: Blogger